Hakimullah Mehsud

Hakimullah Mehsud (Pashto/Urdu:حکیم‌ الله محسود; c. 1979 − 1 November 2013), lahir sebagai Jamshed Mehsud (جمشید محسود) dan juga dikenali sebagai Zulfiqar Mehsud (ذو الفقار محسود), merupakan seorang amir Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP).[1][2][3][4] Beliau adalah timbalan kepada komander Baitullah Mehsud dan salah seorang ketua kumpulan militan Fedayeen al-Islam sebelum kematian Baitullah dalam serangan peluru berpandu dron CIA.[5][6][7]Hakimullah telah menjadi komander TTP di agensi-agensi Khyber, Kurram dan Orakzai di Pakistan.[5] Beliau dikatakan lahir sekitar tahun 1979 sebagai pupu kepada Qari Hussain.[5] Beliau terkenal sebagai seorang komander lapangan yang muda dan langsang, yang sebelum itu berkhidmat sebagai pemandu dan akrab sekali dengan Baitullah Mehsud.[8] Hakimullah Mehsud menjalinkan hubungan dengan al-Qaeda, Taliban Afghan dan pelbagai puak jihad Pakistan seperti Lashkar-e-Taiba, Lashkar-e-Jhangvi, dan Jaish-e-Mohammed.[9]Beliau pada mulanya dikhabarkan terbunuh pada 14 Januari 2010 oleh serangan dron AS[10] tetapi dua buah rakaman video yang dikeluarkan oleh TTP pada tahun 2010 dan 2011 membuktikan bahawa dia terselamat daripada serangan itu.[11][12] Mehsud pernah dilaporkan oleh perisik Pakistan sebagai terbunuh oleh serangan dron AS pada 12 Januari 2012.[13] Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Taliban Pakistan pada mulanya.[14] Akhirnya telah disahkan oleh kumpulan tersebut bahawa Mehsud terbunuh dalam serangan dron pada 1 November 2013.[15][16]

Rujukan

WikiPedia: Hakimullah Mehsud http://www.allvoices.com/news/1904884-pakistan-hak... http://edition.cnn.com/2010/WORLD/asiapcf/02/09/pa... http://www.dawn.com/2012/01/15/hakimullah-mehsud-r... http://www.economist.com/world/asia/displayStory.c... http://www.foxnews.com/world/2013/11/01/drone-stri... http://timesofindia.indiatimes.com/news/world/paki... http://www.latimes.com/news/nationworld/world/la-f... http://www.liveleak.com/view?i=e01_1298199749 http://www.nytimes.com/2009/08/23/world/asia/23pst... http://www.nytimes.com/2010/05/03/world/asia/03tal...